BENGALURU: Harga emas jatuh semalam, apabila dolar Amerika Syarikat (AS) dan hasil Perbendaharaan meningkat, selepas data ekonomi menguatkan jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan meneruskan laluan kenaikan kadar yang agresif. Emas spot turun 0.3 peratus pada AS$1,696.30 (RM7,638.95) seauns. Niaga hadapan emas AS juga turun 0.3 peratus pada AS$1,708.30 (RM7,672.86). Indeks dolar naik 0.2 peratus, menghampiri kemuncak dua dekad pada sesi sebelumnya, menjadikan emas lebih mahal untuk pembeli luar negara. Penanda aras hasil Perbendaharaan AS meningkat ke paras tertinggi sejak 16 Jun berikutan jangkaan Fed akan mengekalkan kadar faedah untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya