Charms sasar tembusi pasaran Indonesia - Utusan Malaysia

Charms sasar tembusi pasaran Indonesia

Nur Basyirah (kiri) bersama duta produk menunjukkan barangan keluaran syarikat itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berasakan produk kecantikan Charms Cosmetics Skincare (Charms) bakal menembusi pasaran Indonesia bagi mengembangkan operasi perniagaan di luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Charms, Nur Bashirah Hussin berkata, negara tersebut menjadi pilihan selepas mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Selain itu, beliau berkata, langkah tersebut juga dibuat selepas produk berkenaan mendapat permintaan tinggi di negara berkenaan.

“Setiap produk kecantikan kulit yang dikeluarkan pihaknya juga perlu melalui ujian klinikal dengan Pusat Penyelidikan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) untuk dianalisis struktur anti penuaan dan komposisi kimia.

“Justeru, Charms juga bakal menembusi pasaran Indonesia memandangkan permintaan tinggi untuk produk penjagaan kulit yang halal dari negara seberang itu,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sehingga kini, Charms sudah memasuki tahun ke 10 di pasaran negara ini dan memiliki 12,000 ejen di seluruh negara.

Dalam pada itu, Nur Bashirah berkata, syarikatnya tidak memikirkan keuntungan dan jualan semata-mata dan hanya menekankan kualiti produk agar menjadi pilihan pengguna berdasarkan keberkesanan serta keselamatan sebagai ciri utamanya.

“Jadi untuk terus bertahan, Charms sentiasa melakukan kajian dan penyelidikan untuk penambah baik produk yang dikeluarkan dan mengukuhkan kesesuaian mengikut kehendak pasaran,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya