BMW X3 XDrive30e tercanggih, terkini - Utusan Malaysia

BMW X3 XDrive30e tercanggih, terkini

BMW X3 XDrive30e
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAKYAT Malaysia berupaya melihat kenderaan mewah BMW di pasaran dan jalan raya-jalan raya tempatan dengan mudah. Variasi model-model BMW yang tercanggih dan terkini juga agak mudah dapat dilihat secara berdepan atau secara fizikal, terutama di ruang pameran penjual-penjual kereta yang boleh di dapati di pelusuk kotaraya atau pun bandar-bandar besar seluruh negara. 

Kenderaan canggih ini dijual pada harga pengenalan iaitu RM337,950 dengan jaminan dua tahun tanpa had jarak pemanduan, atau dengan harga RM356,800 dengan jaminan lima tahun dan pakej servis yang disediakan oleh BMW Malaysia. Harga yang dipamerkan ini adalah tanpa insurans, cukai jualan dan servis.

 

PENGENALAN

BMW X3 versi XDrive30e adalah sebuah model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang didatangkan dengan kebolehan penggunaan bahan api petrol atau pun dikuasakan dengan kuasa elektrik (bateri). Versi ini lebih dikenali dengan nama hibrid, merupakan sesuatu yang dikatakan bakal menggantikan jentera-jentera yang berlandaskan sepenuhnya sumber tenaganya daripada petrol atau bahan bakar. 

BMW X3 Xdrive30e agak baru dilancarkan di pasaran tempatan. Kenderaan hibrid ini boleh dikatakan versi yang mesra pelanggan apabila selain daripada keupayaan menggunakan bahan api konvensional iaitu petrol, ia juga boleh dicas di rumah juga di stesen-stesen yang disediakan dengan hanya menggunakan palam tiga pin konvensional.

Enjin konvensional yang dibekalkan adalah enjin empat silinder 2000cc lengkap dengan kuasa turbo, menghasilkan kuasa 184 PS pada kadar 6,500 RPM dan 300 Nm tork pada kadar 4,000 RPM. Sementara itu, motor elektrik diletakkan diantaranya dengan kuasa 50kW (lebih kurang sama dengan kadar 68 PS). Sekiranya pemandu menggunakan kuasa maksimum kedua-dua jana kuasanya, iaitu menggunakan fungsi XTRABOOST, ia membolehkan XDrive 30e ini memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam enam saat sahaja. Kebolehan ini dikatakan lebih cepat 2/10 saat berbanding XDrive30i. 

PALAM pengecas bateri kereta.

Sekiranya ada yang tertanya-tanya, dimanakah letaknya bateri yang memberi kuasa terhadap motor elektriknya, sebuah bateri litihium-ion 12kWh dipasang pada bahagian gandar roda belakang. Saya juga diberitahu bahawa sekiranya menggunakan alat pengecas tiga pin yang boleh digunakan di rumah, ia mengambil masa sekitar enam jam untuk dicas penuh. Namun sekiranya anda mengecas di stesen pengecasan kenderaan elektrik yang terdapat banyak di stesen minyak atau di parkir pusat beli-belah, ia mampu dicas penuh dalam masa 3.6 jam menggunakan AC WALLBOX 3.7kW.

 

PEMANDUAN

Ketika sesi pemanduan XDrive30e ini, penyerap hentakan pasifnya sangat mengujakan tanpa dibebankan oleh perasaan ketika penggunaan spring M sport. Kemudahan dan keselesaan memasuki  dalam kabin juga adalah seperti mana-mana model BMW yang sudah tentu tidak memerlukan kunci konvensional di pintu, cukup dengan membawanya dalam kocek seluar dan menyentuh tombol pembuka pintu, maka segala kelengkapan keselamatan pintu kereta akan dinyahaktifkan. Menghidupkan enjin juga jenis push to start, pengawalan suhu dalam kabin, kerusi boleh laras secara elektrik, ruang jendela bumbung jenis panoramik, pengawalan perluncuran serta alat bantuan parkir elektronik adalah ciri-ciri yang sudah menjadi kemestian untuk kebanyakan model-model BMW terkini.

BMW yang sememangnya sudah sinonim dengan sistem keselamatan pemanduan, yang turut membantu pemandunya ketika dalam pemanduan seperti pemberhentian kecemasan, bantuan pemanduan dalam lorong, pengawasan kawasan ‘blind spot’ iaitu ruang-ruang yang tidak mampu dilihat oleh pemandunya semada terlindung dengan badan kenderaan atau imej yang tidak berjaya dilihat pada cermin-cermin pandang belakang atau sisi. Sistem pengelak perlanggaran dengan kenderaan hadapan juga adalah satu fungsi yang boleh berlaku secara automatik yang dibantu oleh sensor canggih daripada BMW.

Sistem hiburan yang disediakan untuk XDrive30e ini juga ternyata tidak mengecewakan. Corong-corong pembesar suara berjenama Harman Kardon sudah tentu menjanjikan alunan muzik yang begitu lengkap dengan nilai bass yang diingini. Sistem skrin sesentuh yang menampilkan pelbagai variasi keperluan seperti navigasi, menu-menu sistem keselamatan kenderaan, radio, serta boleh dipadankan dengan sistem android atau apple bagi membolehkan anda lebih berinterakasi menggunakan sistem telefon bimbit anda.

farahin 7

KESIMPULAN

BMW sudah diketahui ramai, ciri-ciri keselamatan kenderaan dipadankan dengan kebolehan kuasa enjinnya.  Ekoran daripada seruan kerajaan diserata dunia untuk para pengeluar kenderaan menghasilkan jentera-jentera yang lebih mesra alam, BMW adalah antara pengeluar dan pembuat kenderaan yang mula-mula menghasilkan kenderaan-kenderaan seumpamanya. 

Dalam tempoh 10 tahun ini, penggunaan kenderaan hibrid seperti BMW X3 ini dirasakan adalah pilihan yang tepat.

Kebolehan menggunakan kuasa bahan api konvensional dan elektrik sekali gus, membolehkan prestasi enjin dapat dimanfaatkan dengan gabungan dua jenis teknologi penghasilan kuasa jentera.  Penekanan terhadap kemudahan dan keselesaan ruang dalam kabin, teknologi bantuan pemanduan dan keselamatan kenderaan, menjadikan pakej yang sepatutnya dimiliki oleh setiap pemilik kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya