MANILA: Pertumbuhan ekonomi di Asia Timur dan Pasifik akan melemah secara mendadak pada 2022 berikutan kelembapan China, tetapi kadar pengembangan akan meningkat tahun depan, menurut Bank Dunia. Pemberi pinjaman yang berpangkalan di Washington itu berkata, ia menjangkakan pertumbuhan 2022 di rantau Asia Timur dan Pasifik, termasuk China, akan perlahan kepada 3.2 peratus, turun daripada unjuran 5.0 peratus pada April dan pertumbuhan tahun sebelumnya sebanyak 7.2 peratus. “Ramalan yang lebih lemah disebabkan terutamanya oleh kelembapan mendadak di China, berikutan peraturan ketat sifar-Covid yang telah mengganggu pengeluaran perindustrian, jualan domestik dan eksport,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya