PETALING JAYA: AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) bakal kembali beroperasi di Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi, mulai 15 September ini. Menurut syarikat itu, semua penerbangan yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan: AK), AirAsia Thailand (kod penerbangan: FD), AirAsia Indonesia (kod penerbangan: QZ) dan AirAsia Filipina (kod penerbangan: Z2) akan tiba dan berlepas dari Terminal 4. “Jadual penerbangan dan waktu perlepasan serta ketibaan tidak akan terjejas oleh perpindahan tersebut,” katanya dalam kenyataan. Jelasnya, tetamu akan dimaklumkan mengenai perubahan itu melalui e-mel dan SMS serta akan menerima maklumat penerbangan baharu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya