AEMIS lancar Relazz, Probiome

AEMIS lancar Relazz, Probiome

HARITH Iskander dan Dr. Jezamine Lim pada majlis pelancaran Relazz dan Probiome di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan pemegang gelaran The World’s Funniest Man 2016, Harith Iskander dan isteri, Dr. Jezamine Lim telah melancarkan siri AEMIS yang mengeluarkan produk kesihatan dengan tujuan untuk membantu mereka yang ingin mencapai keseimbangan kerjaya dan kesihatan dalam kehidupan.

Dua produk dilancarkan adalah Relazz iaitu minuman berfungsi yang dapat membantu kualiti tidur, manakala Probiome untuk meningkatkan kesihatan penghadaman.

Harith yang merupakan pengasas bersama AEMIS berkata, kedua-dua produk tersebut diharapkan dapat membantu mereka yang berdepan dengan tekanan kerja dan kehidupan seharian untuk mendapatkan tidur yang baik serta menjaga sistem penghadaman dalam badan.

“Pasaran sasaran kami adalah mereka yang berdepan dengan gaya hidup sibuk terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. Mereka ini perlu berdepan dengan kesesakan lalu lintas, persekitaran pekerjaan yang boleh membawa tekanan dan sebagainya.

“Walau bagaimanapun, sasaran kami adalah kepada semua yang mahukan tidur yang lebih baik dan nyenyak serta mereka yang mahu menjaga kesihatan system penghadaman,” katanya ketika ditemui semasa pelancaran dua produk tersebut di Bangsar di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Jezamine berkata, inspirasi untuk menghasilkan kedua-dua jenis produk tersebut tercetus semasa pandemik Covid-19 yang mana kebanyakan orang terpaksa duduk di rumah sahaja.

Katanya, ketika itu, timbul kesedaran akan kepentingan mengambil masa untuk diri sendiri dan menjaga kesihatan termasuk mendapatkan tidur yang cukup.

“Sebelum pandemik, jadual kita terlalu padat dengan tugas-tugas harian sehingga tidak ada masa untuk menjaga kesihatan diri.

“Jadi pada masa tersebut, kami mengambil keputusan untuk membangunkan produk ini untuk membantu mereka yang lain di luar sana,” ujarnya.

Tambah beliau, AEMIS juga dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mengeluarkan antara dua hingga tiga produk lagi selepas ini.

Relazz dan Probiome boleh didapati di pasaran pada harga RM239 setiap satu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya