Toyota Camry 2022 sensasi rekaan baharu

Toyota Camry 2022 sensasi rekaan baharu

camry
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nama Toyota Camry bukanlah sesuatu yang baharu. Kereta sedan ini boleh dianggap tergolong dalam kereta ‘pegawai’ yang kerap bersaing dengan Proton Perdana atau Honda Accord. Sekiranya dibandingkan di antara ketiga-tiganya, Camry selalunya akan jatuh di tempat ketiga dalam senarai pemilihan pelanggan.

Namun untuk tahun 2022 ini, Toyota nampaknya berusaha untuk mengubah persepsi itu. Pengenalan model facelift ini ternyata menunjukkan kesungguhan Toyota untuk menakluki pasaran kereta kelas pertengahan ini.

PENAMPILAN

Bayangan rupa bentuk Camry yang dikenali kebanyakan pencinta empat roda tempatan tiga tahun dahulu masih tersirat dalam rekaannya. Bahagian hadapannya diubah sedikit untuk membolehkan lebih banyak aruhan angin menembusinya di bahagian tengah bumper. 

Sementara itu, permukaan bonet, tepi dan bumbung kereta memastikan kereta ini memanfaatkan fungsi rekaan aerodinamik. Pertukaran rekaan pada rim 18 incinya dilihat menggunakan teknik dua tona dalam kemasan warnanya. Lampu belakang LED melengkapi set  lampu hadapan LED sepenuhnya.

Apabila anda melangkah masuk ke dalam ruang kabinnya, sistem info dan hiburan siap terpasang skrin sesentuh pada papan pemuka di bahagian tengah. Skrin sistem ini sahaja dikatakan satu inci lebih lebar daripada model terdahulu. Akibat daripada perubahan skrin ini, kedudukan ruang pendingin hawa lebih ke bawah.

PRESTASI PEMANDUAN

Perbezaan ketara pada model ini ialah enjin baharunya yang berkapasiti 2.5 liter empat silinder, menggantikan enjin 2AR-FE yang terdahulu. Menggunakan sistem D-4S suntikan terus, pemasaan injap berubah elektrik (VVT-iE) dan kepala silinder yang telah direka semula untuk peningkatan prestasi proses pembakaran dengan nisbah kompresi 13:1. Camry baharu ini menghasilkan kuasa sebanyak 209 PS pada tahap 6,600 rpm dan kuasa tork pada kadar 253 Nm pada tahap 5,000 rpm.

Ini ternyata menunjukkan penambahan kuasa sebanyak 25 PS dan 18Nm dihasilkan oleh jentera baharu ini. Kotak gear automatik lapan kelajuan, lebih kompak rekaannya berbanding kotak gear enam kelajuan pada model sebelumnya.Kelebihan sistem kotak gear baharu ini membolehkan nisbah gear mempunyai variasi.

Dari segi penggunaan bahan api, Toyota menjanjikan keupayaan 6.8 liter /100 kilometer (km), membuktikan penambahbaikann sebanyak 8.0 peratus lebih efisien. Selain itu, Toyota Camry baharu ini meningkatkan kawalan keselamatan yang terdiri daripada sensor-sensor seperticiri bantuan pemanduan yang berupaya mengesan halangan di hadapan seperti pejalan kaki di waktu malam dan pengguna motosikal atau basikal yang boleh menyebabkan kemalangan. Bagi memastikan anda kekal dalam lorong pemanduan, ciri sensor bantuan pemusatan lorong dan sistem pemberhentian automatik.

KESIMPULAN

Tumpuan Toyota terhadap peningkatan sokongan pemanduan elektronik, menjadikan Camry ini setanding dengan kenderaan yang sekelas dengannya. Harga pasaran yang melebihi RM199,000 jelas menjadikannya sebagai sebuah kenderaan premium. Pengendaliannya agak mudah akan tetapi prestasi enjin dan penghantaran kuasa enjinnya sangat mengujakan. 

Ruang tempat duduk penumpang belakang, selain memberikan perasaan premium, ternyata memberikan pilihan melaras sendiri sistem pendingin hawa. Keberadaan Camry dalam pasaran mampu mengujakan kumpulan sasaran pembelinya kerana keseimbangan teknologi prestasi enjin sama hebat dengan sistem keselamatan elektronik kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya