Petronas raih untung bersih RM23 bilion suku kedua 2022

Petronas raih untung bersih RM23 bilion suku kedua 2022

petronas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mencatatkan prestasi cemerlang apabila meraih untung bersih bernilai RM23 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022, melonjak 140 peratus berbanding hanya RM9.6 bilion yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Ia seiring dengan hasil yang lebih tinggi diimbangi sebahagiannya oleh peningkatan dalam kos produk dan cukai.

Syarikat minyak dan gas nasional itu turut merekodkan lonjakan pendapatan sebanyak 63.4 peratus kepada RM93.3 bilion pada suku tersebut berbanding RM57.1 bilion yang diperoleh pada suku sama 2021, terutamanya disebabkan kesan harga yang menggalakkan ke atas semua produk dan kadar pertukaran yang positif.

Syarikat mengisytiharkan dividen RM50 bilion, dua kali ganda pembayaran berbanding tahun lepas.

Prestasi kukuh itu disebabkan terutamanya oleh kenaikan harga minyak dan gas yang berpunca daripada jurang bekalan yang semakin melebar dan kapasiti sistem yang semakin berkurangan.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) pada suku kedua 2022 juga mantap pada RM43.1 billion, meningkat ketara daripada RM23.2 bilion sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya