PETALING JAYA: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengunjurkan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) meningkat sebanyak lapan peratus kepada 1.70 juta tan pada Ogos berbanding bulan sebelumnya. Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, perkara tersebut susulan pusingan biologi tanaman sawit dan kemasukan pekerja asing yang mendorong peningkatan pengeluaran buah tandan segar. Walau bagaimanapun, beliau berkata, purata harga MSM bagi bulan ini dijangka lebih rendah berbanding Julai yang mencatatkan purata harga RM4,063 satu tan berikutan jangkaan penyusutan harga minyak soya di pasaran global di samping tindakan kerajaan Indonesia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya