MoU Maersk, MIDA bakal tarik pelaburan antarabangsa

MoU Maersk, MIDA bakal tarik pelaburan antarabangsa

SIVASURIYAMOORTHYSundara Raja bertukar dokumen kerjasama dengan Rupesh Jain (kanan) di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: A.P. Moller-Maersk (Maersk), syarikat logistik bersepadu hari ini menandatangani perjanjian persefahaman dengan  Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi memacu pelaburan berkualiti tinggi di negara ini sebagai satu daripada hab logistik di ASEAN.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Sivasuriyamoorthy Sundara Raja berkata, kerjasama tersebut dijangka dapat mewujudkan sinergi yang lebih baik dan perkhidmatan nilai tambah untuk pelanggan serta menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan sektor rantaian bekalan dalam ekonomi Malaysia.

Katanya, MoU selama dua tahun tersebut secara tidak langsung dapat membawa masuk pelaburan antarabangsa ke negara ini melalui pendekatan penglibatan strategik dan nilai tambah untuk syarikat multinasional.

“Syarikat multinasional biasanya akan melihat sama ada mereka dapat membawa keluar atau mengeksport produk mereka dengan mudah ketika memilih sesebuah negara untuk membuat pelaburan.

“Maersk sebagai pemain global dapat meyakinkan pelabur-pelabur antarabangsa untuk melabur di Malaysia apabila mereka beroperasi di sini,” katanya dalam majlis menandatangani MoU tersebut di ibu pejabat MIDA, Kuala Lumpur Sentral di sini hari ini.

MoU tersebut ditandatangani oleh Sivasuriyamoorthy yang mewakili MIDA manakala Maersk pula diwakili oleh Pengarah Urusan Maersk Thailand, Malaysia dan Singapura, Rupesh Jain.

Sementara itu, Rupesh berkata, kerjasama tersebut diharap dapat mendorong pelaburan teknologi dan berimpak tinggi  dalam sektor seperti automotif, elektrik dan elektronik (E&E), mesin dan peralatan, peranti perubatan, aeroangkasa, tenaga boleh diperbaharui dan teknologi pengguna.

“Memandangkan pelanggan kami sedang mengkonfigurasi semula rantaian bekalan mereka untuk menjadikannya lebih tangkas, berdaya tahan dan mampan, Maersk sentiasa mengembangkan jejak logistik kami secara global untuk menyokong transformasi ini untuk pelanggan kami,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya