PETALING JAYA: Firma penyelidikan, MIDF Research menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini kepada 6.6 peratus daripada 6 peratus, berdasarkan prestasi suku kedua yang berkembang 8.9 peratus, melebihi jangkaan pasaran. Pertumbuhan pada suku kedua lebih kukuh berbanding suku pertama yang berkembang 5.0 peratus menjadikan pertumbuhan ekonomi pada separuh pertama tahun ini sebanyak 6.0 peratus. Menurut firma penyelidikan itu, pertumbuhan kukuh pada suku kedua melepasi jangkaan, dengan pasaran dipacu terutamanya oleh aktiviti ekonomi domestik dan pembukaan semula ekonomi. “Momentum pertumbuhan positif akan berterusan sehingga separuh kedua dengan perbelanjaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya