Inflasi Julai AS rendah, dolar jatuh - Utusan Malaysia

Inflasi Julai AS rendah, dolar jatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Euro dan yen Jepun berada pada kedudukan yang baik selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) semalaman, `kurang panas’ berbanding kebimbangan banyak pihak, menyebabkan nilai dolar jatuh di pasaran global.

Indeks Harga Pengguna (CPI) AS pada Julai pda 8.5 peratus lebih rendah berbanding 9.1 peratus Jun. Prestasi itu juga lebih rendah berbanding unjuran konsensus pasaran sebanyak 8.7 peratus.

Prestasi itu didorong oleh penurunan mendadak dalam harga petrol, menyebabkan pasaran meletakkan semula harapan bahawa inflasi akan memuncak.

Jika kenaikan harga mencapai kemuncaknya, pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) tidak perlu mengekalkan kenaikan kadar faedah yang telah menyokong dolar sebelum ini.

Semalam, euro berada pada $1.0297 berbanding dolar, selepas melonjak 0.84 peratus ​​sehari sebelumnya, keuntungan harian terbesar sejak pertengahan Jun.

Yen pula berada pada 132.83 berbanding dolar, selepas mata wang AS itu jatuh 1.6 peratus semalaman berbanding mata wang Jepun itu, yang amat sensitif terhadap pergerakan dalam hasil AS.

Saham AS dan perbendaharaan jangka pendek juga meningkat berikutan berita itu, yang mendorong Nasdaq menokok lebih 20 peratus di atas paras terendah Jun, dan hasil perbendaharaan dua tahun turun kepada 3.2141 peratus, tujuh mata asas lebih rendah daripada penutupan sebelumnya.

Penganalisis di Standard Chartered berkata, penurunan dolar didorong oleh penambahbaikan sikap pelabur terhadap aset yang lebih berisiko.

“Penurunan (inflasi) mengejutkan, menghilangkan kebimbangan pasaran bahawa Fed berkemungkinan menaikkan kadar faedah 75 mata asas,” katanya dalam nota.

Dolar Australia, satu lagi proksi yang biasa digunakan untuk sentimen risiko, berada pada $0.7077 berbanding dolar AS, selepas kenaikan semalaman 1.7 peratus, sementara pound sterling pula mengukuh pada $1.2207.

Bitcoin pula didagangkan sejajar dengan aset berisiko, apabila menguji paras tertinggi pasaran baru-baru ini pada nilai $24,000. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya