BENGALURU: Harga emas mencecah paras terendah dalam tempoh lebih tiga minggu pada Isnin, dibebani oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh dan jangkaan lebih banyak kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan (Fed) AS yang mahu meredakan inflasi yang melonjak. Emas spot mendatar pada AS$1,747.55 (RM7, 831.65) seauns, selepas mencecah paras terendah sejak 28 Julai pada AS$1,743.83 (RM7,814.97) dalam dagangan awal Asia. Niaga hadapan emas AS susut 0.1 peratus kepada AS$1,761 (RM7,891.92) setiap auns. Ketua Ekonomi ACY Securities, Clifford bennett berkata, pemulihan dolar AS yang meningkat sudah tentu akan menjejaskan pasaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya