Domino’s Pizza Malaysia sertai rangkaian terbesar antarabangsa - Utusan Malaysia

Domino’s Pizza Malaysia sertai rangkaian terbesar antarabangsa

DOMINO's Pizza akan menjadi sebahagian daripada rangkaian Domino’s terbesar di luar Amerika Syarikat (AS) menerusi cadangan pengambilalihan oleh Domino’s Pizza Enterprises Ltd (DPE).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Domino’s Pizza Malaysia bakal menjadi sebahagian daripada rangkaian Domino’s terbesar di luar Amerika Syarikat (AS) menerusi cadangan pengambilalihan oleh Domino’s Pizza Enterprises Ltd (DPE).

DPE adalah kumpulan yang berpangkalan di Australia yang mengendalikan lebih daripada 3,400 cawangan Domino’s di 10 pasaran di serata dunia.

Kumpulan tersebut telah memeterai surat perjanjian dengan Mikenwill (M) Sdn. Bhd. yang memiliki 100 peratus daripada Dommal Food Services Sdn. Bhd, selaku pemegang francais induk di Malaysia; Impress Foods Pte Ltd yang memiliki 100 peratus Domino’s Pizza Singapore dan 65 peratus daripada Domino’s Pizza Cambodia serta pemegang saham minoriti Kemboja yang memegang baki kepentingan 35 peratus

Perjanjian tersebut melibatkan pengambilalihan 100 peratus perniagaan Domino’s Pizza di Malaysia, Singapura dan Kemboja oleh DPE yang merangkumi sebanyak 287 cawangan korporat di semua pasaran tersebut. 

Pemerolehan akan membabitkan cawangan korporat dan hak francais yang dipegang oleh Mikenwill dan Impress Foods serta proses pengambilalihan dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran Domino’s terbesar di Asia Tenggara yang diuruskan oleh Dommal Food Services dengan sebanyak 240 cawangan di negara ini manakala Impress Foods menguruskan pasaran Singapura dan Kemboja, masing-masing dengan 38 dan sembilan cawangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja, Ba U Shan-Ting berkata, pihaknya teruja dengan fasa evolusi seterusnya bagi Domino’s Pizza di Malaysia dan rantau ini. 

“Kami menyasarkan penambahan rangkaian cawangan kepada lebih daripada 600 cawangan dalam jangka panjang, seiring dengan usaha kami sebagai rangkaian piza terbesar di tiga negara tersebut.” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan DPE, Don Meij berkata, DPE menyaksikan pertumbuhan cemerlang di pasaran Malaysia dan pihaknya mengagumi komitmen dan usaha pasukan Malaysia.

“Langkah membuka lebih banyak cawangan di sini akan membantu kami mencapai lebih ramai penduduk setempat dan mengurangkan masa penghantaran dengan membawa cawangan kami lebih hampir kepada pelanggan. 

“Kami bersedia untuk mengalu-alukan penyertaan lebih 3,000 anggota pasukan dalam keluarga Domino’s di samping membuka peluang pekerjaan baharu menerusi rancangan pengembangan operasi akan datang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya