LOS ANGELES: Selepas kehilangan lebih sejuta pelanggan pada separuh pertama 2022, Netflix Inc menjangkakan untuk mendaftar kembali jumlah pelanggan yang sama dalam tempoh tiga bulan semasa. Walaupun jumlah itu kurang daripada unjuran sebanyak 1.83 juta oleh penganalisis, namun ia membalikkan kerugian pada separuh masa pertama. Saham Netflix melonjak setinggi AS$225 (RM1,024.45) dalam dagangan lanjutan dan ditutup pada AS$201.63 (RM918.04) di New York pada Selasa, turun sebanyak 67 peratus tahun ini, lapor Reuters. Walaupun terdapat kebimbangan mengenai peningkatan persaingan dan potensi kemelesetan, Netflix tetap yakin dengan kedudukannya. Syarikat penstriman televisyen itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya