TUMPAT: Pengiktirafan Asia Super Health Brand menjadi pembakar semangat kepada syarikat Multivita Resources untuk meneroka pasaran Asia Tenggara di Thailand, Brunei dan Indonesia dalam masa terdekat.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengasasnya, Mohd. Harmizuan Hamzah berkata, sebagai persiapan ke arah itu pihaknya sudah mempunyai sebuah kilang yang beroperasi di Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk mengeluarkan produk minuman kesihatan berasaskan susu iaitu Multivita.
Menurutnya, sebagai permulaan produk Multivita sudah berjaya menembusi pasaran Singapura dan sambutan sambutan yang terima amat menggalakan.
“Walaupun masih baharu dalam pasaran, namun sokongan yang diterima amat baik untuk kami dan ia menjadi pembakar semangat untuk terus meneroka pasaran di seberang tambak Johor itu.
“Begitu juga dengan pasaran tempatan di mana kami turut menyasarkan jualan produk Multivita sebanyak RM100 juta menjelang tahun 2024,” katanya.
Mohd. Harmizuan memberitahu, sasaran tersebut mampu dicapai dengan sokongan lebih 30,000 ejen di seluruh negara sejak Multivita berada dipasaran tiga tahun lalu.
Katanya, Multivita Resources kini dalam perancangan untuk membuka cawangan di seluruh negeri dengan sasaran melahirkan 100,000 pengedar produk ini dalam masa terdekat.
“Produk ini bukan sahaja memberi khasiat, malah kami turut menyediakan peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan menerusi jualan Multivita.
“Ini telah terbukti apabila ramai agen kami sudah berjaya menjana pendapatan sehingga enam angka sebulan,” ujarnya.
Mohd. Harmizuan berkata, walaupun ‘bergelut’ dengan serangan pandemik Covid-19 sepanjang dua tahun lalu, namun permintaan terhadap Multivita semakin meningkat dari masa ke masa.
Katanya, peningkatan jualan ini turut dibantu oleh tahap kesedaran masyarakat yang mula cakna terhadap kepentingan menjaga kesihatan menerusi pengambilan makanan tambahan.
“Produk yang dijual pada harga RM139 sebotol mengandungi 19 vitamin dan mineral, omega 3 serta colostrom.
“Orang ramai yang ingin menjadi sebahagian daripada keluarga besar Multivita boleh menghubungi talian 012-9544847 atau melayari Facebook Multivita HQ dan laman sesawang www.multivita.com,” ujarnya. – UTUSAN