PETALING JAYA: Jumlah pergerakan penumpang menerusi rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports mencatatkan peningkatan lebih enam kali ganda kepada 20.25 juta penumpang dalam separuh pertama 2022 berbanding tempoh sama tahun lalu. Prestasi menggalakkan itu disokong oleh pengaktifan semula operasi syarikat penerbangan asing dan laluan antarabangsa. Bagi Jun lalu, jumlah pergerakan trafik penumpang Malaysia berjumlah 4.54 juta penumpang, membentuk 63 peratus daripada jumlah pergerakan penumpang kumpulan sebanyak 7.21 juta termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SAW). Malaysia merekodkan sejumlah 1.29 juta penumpang trafik antarabangsa manakala trafik domestik sebanyak 3.24 juta penumpang.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya