PETALING JAYA: “Pengendali perniagaan seperti kami akan mengalami lebih banyak kerugian jika rang undang-undang tembakau diluluskan.” Itu luahan Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Langkawi (DPCL), Ku Chin Loon mengenai rang undang-undang tembakau yang telah dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk bacaan pertama di Parlimen, dua hari lalu. Chin Loon menyifatkan, pembentangan rang undang-undang itu akan memotong sumber pendapatan utama pengusaha perniagaan di pulau peranginan berkenaan yang berpusatkan industri pelancongan. Dakwanya, ahli DPCL akan kehilangan bukan sahaja jualan produk tertentu tetapi juga barangan lain. “Kedatangan pelanggan pasti akan berkurangan. Impaknya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya