Larangan vape jejas RM2.27 bilion industri bumiputera

Larangan vape jejas RM2.27 bilion industri bumiputera

PENJUALAN vape secara sah membolehkan kerajaan mengawal industri itu, selain memperoleh hasil cukai tinggi. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan melarang penjualan vape kepada individu yang lahir dari 2005 dan seterusnya mengharam industri tersebut pada masa hadapan, akan menjejaskan industri milik bumiputera itu yang bernilai RM2.27 bilion.

Berikutan itu, Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA) dan Persatuan Peruncit Rokok Elektronik Malaysia (MRECA) memohon agar kabinet mengkaji semula larangan terbabit.

Presiden MRECA, Datuk Adzwan Ab Manas berkata, industri vape di negara ini rata-ratanya terdiri daripada usahawan bumiputera dan polisi tersebut akan memberikan kesan dalam jangka masa panjang.

“Nasib industri yang bernilai RM2.27 bilion serta 15,000 pekerja dan 3,000 perniagaan vape di Malaysia akan terjejas sekiranya kerajaan tidak memberikan pertimbangan yang sewajarnya.

“Selama ini, Malaysia dianggap sebagai satu daripada pengeluar vape yang utama di dunia. Ia
juga mempunyai potensi yang besar untuk menarik pelabur domestic dan asing.

“Polisi ini akan membantutkan potensi negara Malaysia sebagai pengeluar produk vape di dunia,” ujarnya dalam kenyataan.

Sementara itu, Presiden MEVTA, Mohamad Neezam Talib pula berkata, rokok dan vape adalah dua barang yang berbeza dan tidak sepatutnya disamakan dalam satu kategori yang sama dalam larangan itu.

“Sebaliknya, produk vape adalah alternatif yang kurang risiko kepada perokok dan mampu membantu perokok tegar berhenti merokok. Kerajaan seharusnya melihat vape sebagai satu kaedah untuk mengurangkan jumlah perokok negara.

“Ini kerana, ia terbukti berkesan di negara yang lain. Polisi ini memberikan mesej yang salah kerana ia menyamakan rokok dan vape sebagai produk yang mempunyai risiko yang sama,” katanya.

Kedua-dua persatuan itu juga berpendapat, kerajaan seharusnya mewujudkan peraturan kawal selia bagi mengawal industri vape yang setelah sekian lama tertangguh dan mengambil
pendekatan untuk mengawal industri itu dengan peraturan yang berbeza dengan rokok.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, kabinet telah meluluskan cadangan Kementerian Kesihatan berkenaan larangan tersebut dan ini akan menyebabkan industri vape tempatan diharamkan pada masa akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya