PETALING JAYA: Kulim (Malaysia) Berhad (KULIM) berjaya mencatat keputusan kewangan kukuh bagi tahun kewangan berakhir Disember 2021 (TK2021) dengan merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) sebanyak RM433.81 juta. Keuntungan itu jaug mengatasi kerugian bernilai RM316.45 juta yang dicatatkan tempoh sama sebelumnya. Menurut syarikat itu, perolehan melonjak kepada RM1.65 bilion (48.56 peratus) daripada RM1.11 bilion pada tahun sebelumnya, walaupun jumlah jualan dan hasil dari perniagaan perladangan dicatat lebih rendah. “Hal ini berjaya dicapai berdasarkan harga jualan purata yang lebih tinggi bagi minyak sawit mentah (MSM) dan isirong sawit yang masing-masing…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya