Kerajaan diminta tidak samakan peraturan vape dengan rokok

Kerajaan diminta tidak samakan peraturan vape dengan rokok

vape
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peraturan yang bakal dikenakan oleh kerajaan terhadap rokok elektronik mesti berbeza daripada rokok kerana jika tidak ia akan memberi kesan kepada industri vape tempatan.

Empat persatuan yang mewakili lebih daripada 3,000 usahawan dan peniaga serta 5,000 pekerja dalam sektor pembuatan, pengedaran, peruncitan dalam industri vape dalam memorandum kepada kerajaan meminta supaya membuat peraturan khusus berkenaan industri vape.

Persatuan terbabit ialah Malaysia Retail Electronic Cigarette Association (MRECA), Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Persatuan Peniaga Vape Melayu (PPVM) dan Malaysia E-Vaporizers dan Tobacco Alternative Association (MEVTA).

Ini berikutan pelan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memperkenalkan akta baharu yang akan dibentang pada sesi Parlimen Julai ini. 

Memorandum tersebut adalah bagi mengemukakan suara serta kegusaran berkenaan perkembangan rang undang undang tersebut kerana input serta pendapat industri tidak diambil kira oleh pihak KKM. 

Menurut Presiden Malaysia Retail Electronic Cigarette Association (MRECA), Datuk Adzwan Ab Manas, pihak KKM telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan industri berkenaan kawalan peraturan vape dalam beberapa bulan ini, namun suara pihak industri tidak diberikan pertimbangan yang sewajarnya. 

“Sebagai badan yang mewakili suara pengilang-pengilang industri vape tempatan, berpendapat pandangan kami amat penting dalam perkara kawal selia industri ini yang melibatkan masa depan industri tempatan,” katanya. 

Katanya, rokok dan vape adalah produk yang berbeza. 

Rokok diperbuat daripada daun tembakau melibatkan pembakaran yang mengeluarkan asap dari bahan-bahan toksik yang jelas berbahaya.  

“Vape pula adalah produk pemanasan cecair bagi menghasilkan wap air yang terdiri daripada Vegetable Glycerin (VG), Propylene Glycol (PG), perisa dan nikotin.

 Pengguna dan pihak umum harus didedahkan dengan maklumat yang betul bahawa kemudaratan rokok dan vape adalah berbeza sama sekali dan peraturannya juga harus berbeza,” katanya. 

Dalam pada itu, Presiden Malaysia E-Vaporizers and Tobacco Alternative Association (MEVTA), Mohamad Neezam Talib berkata, cadangan untuk menyamakan rokok dan vape di mana KKM berhasrat untuk melaksanakan larangan jualan dan penggunaan vape untuk sesiapa yang dilahirkan selepas 2025 akan menjejaskan perniagaan pengusaha vape tanahair serta keseluruhan ekosistem industri vape.  

“Cadangan ini akan memberikan kesan yang besar kepada usahawan tempatan dan akan membantutkan industri vape di Malaysia. 

“Peraturan yang diperkenalkan sepatutnya mengambil kira masa depan industri vape tempatan serta potensi industri vape dalam mengambil alih industri rokok tembakau memandangkan semakin ramai perokok mula bertukar kepada vape sebagai alat berhenti merokok,” kata Mohamad Neezam Talib. 

Presiden Persatuan Peniaga Vape Melayu (PPVM), Sabri Ismail juga memohon kerajaan supaya menyelaraskan pelaksanaan undang-undang di mana industri vape bakal dikawal selia oleh beberapa kementerian yang berkenaan.  

“Sebagai contoh, tahun lepas Kementerian Kewangan telah mengumumkan untuk memperkenalkan cukai untuk berkuatkuasa tahun ini. Manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah memperkenalkan undang-undang untuk memastikan pensijilan dibuat SIRIM ke atas peranti vape dan polisi keselamatan peranti akan dikuatkuasakan pada tahun ini. 

“Selepas ini, KKM pula akan memperkenalkan perundangan ke atas produk dan industri vape. Segala perancangan, undang-undang, peraturan berkaitan vape harus diselaraskan mengikut jabatan dan kementerian. Ia tidak sepatutnya bercanggah dan berbeza kerana hal ini akan menimbulkan kecelaruan,” kata Ismail. 

Setiausaha Agung, Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Ridhwan Rosli  menambah, pihak industri juga memohon agar Kerajaan menggariskan polisi untuk pelaburan berkenaan industri ini. 

“Kerajaan perlu memperkemaskan polisi import dan eksport produk vape kerana pada masa ini, tiada polisi berkenaan perkara ini. Dengan memperkukuhkan garis panduan untuk dasar perdagangan, ia akan dapat menarik pelaburan domestic dan pelaburan langsung asing (FDI) dan akan membawa kepada pertumbuhan industri yang positif,” kata Ridhwan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya