Karnival Robotik tarik 630 penyertaan - Utusan Malaysia

Karnival Robotik tarik 630 penyertaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Karnival Robotik Bangi 2022 yang julung kali diadakan di Kompleks Beli-belah Evo Mall di Bangi pada 16 dan 17 Julai lalu mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila merekodkan 630 peserta berdaftar terdiri daripada pelajar daripada lima buah sekolah tempatan. 

Acara bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai robotik di kalangan kanak-kanak berumur tujuh hingga 17 tahun yang dihadiri kira-kira 2,000 pengunjung tersebut dianjurkan oleh Akademi Robotik JAZRO (JAZRO) dan Evo Mall.  

Pengasas Bersama JAZRO, Ir. Dzulfarqeish Zainuddin berkata, karnival itu diadakan bagi  membawa kanak-kanak lebih dekat dengan teknologi digital melalui aktiviti-aktiviti penglibatan secara langsung. 

“Kami jadikan proses pembelajaran menyeronokkan dan pendekatan ini berkesan terhadap kanak-kanak yang ambil bahagian dalam pertandingan, bengkel dan aktiviti lain semasa Karnival Robotik. 

“Karnival ini telah memberi kami inspirasi untuk terus anjurkan acara yang sama untuk memupuk kesedaran yang lebih tinggi mengenai robotik di kalangan kanak-kanak, termasuk mereka dari keluarga B40 pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Dzulfarqeish berkata, syarikat yang beribu pejabat di Terengganu tersebut sudah mula berbincang dengan sekurang-kurangnya lima potensi rakan kongsi di Lembah Klang untuk menganjurkan acara serupa pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Evo Mall, Mohd Fauzi Ibni Hajar berkata, kerjasama dengan sekumpulan profesional muda berbakat di JAZRO yang telah membantu pihaknya untuk menganjurkan acara tersebut dengan jayanya.

“Melihat kepada sambutan yang luar biasa ini daripada komuniti kejiranan, kami percaya bahawa acara seperti ini harus diadakan lebih kerap selaras dengan misi kami untuk menjadi pusat membeli-belah mesra komuniti.

“Evo Mall tahu kami dapat memenuhi keperluan penduduk Bangi khususnya untuk mengadakan sebarang acara berorientasikan pendidikan dan keluarga di premis kami,” ujarnya.

Selain menyertai pelbagai bengkel dan pertandingan robotik, kanak-kanak, guru dan ibu bapa juga menikmati pameran oleh D’Virtual Park, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyTutor, Petrosains, Pickiddo, dan Project Mika. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya