PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) mencatatkan jualan bulanan terbaik pada Jun sebanyak 14,787 unit, peningkatan 51 peratus berbanding Mei 2022. Prestasi itu membolehkan Proton meningkatkan jumlah jualan separuh tahun pertama 2022 kepada 60,124 unit, peningkatan 3.9 peratus berbanding tahun lalu. Jualan eksport Proton untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini turut tumbuh dengan pesat kepada 2,722 unit, peningkatan 81.2 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, dengan Jun sahaja sebanyak 636 unit berjaya dieksport. Pencapaian itu sekali gus meletakkan Proton sebagai pengeksport utama dalam negara. “Secara keseluruhan, Proton mengekalkan kedudukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya