PETALING JAYA: Keputusan Indonesia membekukan sementara kemasukan pekerja warganegaranya ke Malaysia akan memberi impak paling ketara terhadap sektor perladangan yang banyak bergantung kepada tenaga kerja itu bagi tujuan pungutan buah sawit. CGS-CIMB Securities Sdn. Bhd. berkata, keadaan akan menjadi lebih kritikal untuk tempoh pengeluaran kemuncak pada bulan-bulan akan datang. “Pembekuan pengambilan pekerja asing akan menyaksikan unjuran pengeluaran minyak sawit bagi separuh kedua 2022 turun ke paras lebih rendah berbanding setahun lepas. “Kekurangan pekerja, digabungkan dengan peningkatan kos (gaji minimum dan baja) serta kejatuhan harga minyak masak mentah (MSM), akan menjadi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya