AME bina kemudahan keenam HQPack di i-Park@Indahpura - Utusan Malaysia

AME bina kemudahan keenam HQPack di i-Park@Indahpura

KELVIN lee (dua dari kiri) dan Pengarah Urusan HQ Pack Malaysia dan Singapura, Fadi Younis ketika majlis pecah tanah untuk kemudahan keenam di i-Park@Indahpura, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyedia penyelesaian ruang industri bersepadu AME Elite Consortium Berhad (AME) sedang mempercepatkan pengembangan berterusan pelanggan tetapnya, HQPack Sdn. Bhd. (HQ Pack) dengan membina kemudahan keenamnya di i-Park@Indahpura, Johor Bahru, Johor.

Kontrak itu dibuat selepas anak syarikat pengeluar pembungkusan berteknologi tinggi berpangkalan di Belanda, HQ Pack B.V. yang telah beroperasi di Malaysia sejak 2010 itu menerima kemudahan bersepadu teknologi tinggi seluas 60,000 kaki persegi yang baru disiapkan oleh AME di i-Park@Indahpura pada November 2021. 

HQ Pack mengadakan majlis pecah tanah kemudahan keenamnya di i-Park@Indahpura semalam, yang akan menampilkan kawasan boleh disewa yang dipersetujui kira-kira 100,000 kaki persegi yang terdiri daripada sebuah gudang dan blok pejabat. 

Kemudahan itu dijadualkan siap pada separuh kedua 2023.

Pengarah Urusan Kumpulan AME, Kelvin Lee Chai berkata, tanggungjawab yang diberikan untuk membina kemudahan keenam HQ Pack memperluaskan lagi hubungan perniagaan dengan syarikat yang mementingkan pertumbuhan itu selama hampir satu dekad. 

Ujarnya, ini contoh perkongsian sinergistik di mana taman perindustrian bersepadu yang dibina telah menyokong pertumbuhan syarikat antarabangsa terkemuka dengan sangat baik.

“Pengembangan pantas HQ Pack juga akan memberikan kesan berganda yang positif terhadap penciptaan pekerjaan di Johor, dengan tenaga kerja HQ Pack dijangka melebihi 400 orang menjelang 2023 berbanding 210 orang pada masa ini. 

“Selain itu, kualiti tenaga kerja juga akan dipertingkatkan memandangkan kepakaran teknologi tinggi HQ Pack. Pelaburan berskala besar yang berterusan seperti ini mengesahkan kedudukan Johor sebagai satu daripada lima negeri teratas dalam Malaysia untuk jumlah pelaburan yang diluluskan. 

“Kami berusaha untuk terus menarik pelaburan langsung asing dan domestik untuk menjadi enjin pertumbuhan negeri dan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia melaporkan yang ia telah meluluskan sejumlah RM3.3 bilion pelaburan di Johor pada suku pertama 2022, termasuk pelaburan asing dan domestik dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

i-Park@Indahpura ialah taman industri perkhidmatan penuh berpagar seluas 205 ekar di Johor, menempatkan banyak syarikat Malaysia dan antarabangsa merentasi pelbagai sektor termasuk industri elektrik dan elektronik, peranti perubatan, kejuruteraan ketepatan dan makanan.

AME kini sedang membina tiga taman perindustrian bersepadu di Johor iaitu i-Park@Indahpura (Fasa 3), i-Park@Senai Airport City (Fasa 1, 2 dan 3) dan i-TechValley. 

Semua ciri taman perindustrian ini menampilkan bangunan perindustrian yang dibina khas dalam kawasan berpagar dengan kawalan yang terancang, dilengkapi kemudahan rekreasi dan asrama pekerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya