PETALING JAYA: AEON Credit Service (M) Berhad (AEON Credit) merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM163.07 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mei 2022, hampir sama dengan keuntungan pada suku sama tahun lalu iaitu RM163.09 juta. Jumlah transaksi dan pembiayaan AEON Credit untuk suku pertama tahun kewangan 2022 meningkat 5.6 peratus kepada RM1.49 bilion berbanding RM1.41 bilion yang dicatatkan pada suku pertama tahun lalu. Walau bagaimanapun, hasil kumpulan suku semasa sebanyak RM390.57 juta menurun sebanyak 5.0 peratus berbanding RM410.97 juta dicatatkan tahun lalu, terutamanya disebabkan oleh purata pembiayaan belum terima yang lebih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya