PETALING JAYA: Sebanyak 106,000 siswazah bekerja dalam kategori berkemahiran rendah pada tahun lalu, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, bilangan siswazah yang bekerja dalam kategori mahir juga merekodkan penurunan sebanyak 1.2 peratus atau 35,800 orang, susulan pengurangan dalam kategori pengurus. Katanya, pada tahun lalu, sebanyak 2.96 juta siswazah atau 64.8 peratus, bekerja dalam kategori mahir daripada 4.57 juta orang siswazah yang bekerja. “Sebanyak 32.9 peratus lagi siswazah bekerja dalam kategori separuh mahir yang mana sebahagian besarnya adalah pekerja sokongan perkeranian (14.4 peratus),…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya