PETALING JAYA: Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, SCIB Properties Sdn. Bhd. menerima surat anugerah kontrak (LOA) untuk kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM30.75 juta daripada Ennova Sdn. Bhd. Menerusi LOA tersebut, SCIB Properties akan menyediakan perkhidmatan kejuruteraan untuk menggantikan 200 tiang lampu pintar bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Projek itu bermula dari Jun 2022 hingga Mei 2023. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SCIB, Rosland Othman berkata, pihaknya berbesar hati kerana diberi peluang untuk memberikan perkhidmatan kepada DBKL dalam Lembah Klang.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya