KEHADIRANNYA ditunggu-tunggu. Keberadaannya di jalan raya digembar-gemburkan. Prestasi enjinnya diviralkan. Adakah ini semata-mata satu cara promosi dan pemasaran oleh Suzuki Malaysia atau ia sememangnya “Raja Underbone Malaysia”? Suzuki Raider sebenarnya terlebih dahulu dikenali dengan nama Suzuki Belang kerana jentera ini bukanlah satu model yang baharu dipasaran. Model ini dahulunya dijual sebaris dengan kapcai-kapcai unik yang seiras dengannya seperti Honda Sonic, Cagiva Stella atau Momos. Suzuki Belang ini juga telah melalui evolusi daripada enjin 2 lejang ke 4 lejang, serta pertukaran sistem pengurusan bahan api iaitu daripada sistem karburator kepada suntikan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya