PETALING JAYA: Penggabungan antara dua gergasi telekomunikasi, Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi) dan Celcom Axiata Bhd. (Celcom) dijangka menelan kos yang tinggi berbanding faedah yang bakal diterima menerusi langkah tersebut. Penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata, berdasarkan sejarah penggabungan korporat terdahulu, kebiasaannya ia tidak akan menghasilkan faedah berganda atau keuntungan jangka panjang sekiranya mengambil kira kos langsung dan tidak langsung. Ujarnya, ini kerana setelah beberapa tahun, kos keseluruhan sekiranya diambil kira kos tersembunyi sebenarnya melebihi keuntungan yang diperolehi. “Selain itu, cabaran penggabungan seperti menggabungkan budaya korporat dan pasaran bukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya