Kempen Syioking June Gibraltar BSN kembali - Utusan Malaysia

Kempen Syioking June Gibraltar BSN kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gibraltar BSN melancarkan kempen pelanggan Syioking June untuk tahun kedua bagi menggalakkan rakyat Malaysia meningkatkan perlindungan mereka di samping memenangi hadiah menarik.

Kempen tersebut dilaksanakan selari dengan sambutan Hari Kesedaran Insurans pada 28 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN, Lee Kok Wah berkata, Kempen Syioking June tahun lalu telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dan mendorong pelanggan untuk menilai semula tahap perlindungan mereka. 

“Kempen ini direka khusus untuk memacu tindakan yang akan mengukuhkan perlindungan pelanggan.

“Dengan menyediakan ganjaran yang lebih besar dan lebih menarik tahun ini, kami berharap kempen ini akan mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil langkah penting bagi memastikan liputan mereka memenuhi keperluan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Sepanjang tempoh kempen bermula 1 hingga 30 Jun 2022, pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada boleh menerima pulangan tunai sehingga RM1,000 apabila mereka membeli polisi baharu.

Pelanggan juga boleh menerima penyertaan cabutan bertuah dan berpeluang memenangi iPhone 13 Pro Max, dan hadiah ‘syiok’ lain bernilai RM80,000.

Pelanggan hanya perlu membeli sebuah pelan Gibraltar BSN, kemas kini maklumat polisi, daftar auto debit untuk pembayaran premium, tukar kekerapan pembayaran kepada tahunan atau buat penamaan atas polisi.

Kok Wah berkata, sempena sambutan Hari Kesedaran Insurans, pihaknya menyeru rakyat Malaysia untuk menyertai dan menyemak semula insurans hayat mereka secara berkala sebagai satu daripada perancangan kewangan.

“Dengan memastikan polisi anda berkembang seiring dengan keperluan semasa anda, anda dapat menjamin masa depan kewangan keluarga anda dengan polisi insurans hayat. Apabila keluarga dan kerjaya anda berkembang, begitu juga perlindungan anda,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya