Harga minyak sawit dijangka stabil tahun depan - Utusan Malaysia

Harga minyak sawit dijangka stabil tahun depan

russia
MINYAK sawit antara komoditi yang terima tempias ekoran tekanan ekonomi Amerika Syarikat (AS) terhadap Russia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga minyak sawit mentah dijangka berlegar pada RM5,500 setiap tan pada tahun ini, sebelum stabil pada nilai RM4,500 setiap tan pada 2023 dan 2024, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.

Firma penyelidikan tersebut bagaimanapun menjangkakan harga minyak sawit akan kekal tinggi buat masa ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Ini terutamanya disebabkan gangguan bekalan minyak sayuran utama yang timbul daripada keadaan cuaca yang kurang baik, ketegangan geopolitik dan masalah bekalan baja yang berlarutan.

“Harga minyak sawit telah mencecah setinggi RM8,076 satu tan metrik pada awal Mac lalu sebelum menyederhana baru-baru ini kepada RM6,700 satu tan metrik dan kini berlegar pada purata RM6,400 setiap tan metrik.

“Harga produk minyak sawit yang lebih tinggi itu telah memberi kelebihan kepada kesemua lapan syarikat perladangan di bawah liputannya dengan merekodkan hasil teras yang lebih tinggi pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022.

“Melihat kepada faktor ini, kami mengekalkan unjuran minyak sawit mentah bagi 2022 pada RM5,500 satu tan metrik diikuti RM4,500 bagi 2023 dan 2024,” katanya dalam satu nota kajian.

Secara keseluruhan, firma penyelidikan itu mengekalkan pandangan overweight terhadap sektor perladangan memandangkan harga minyak mentah yang tinggi dalam tempoh terdekat akan menyumbang kepada hasil yang lebih baik.

Tambah HLIB Research, semua syarikat perladangan kecuali FGV Holdings Berhad dan Kuala Lumpur Kepong Berhad merekodkan hasil teras yang lebih rendah pada suku pertama, didorong terutamanya oleh musim pengeluaran buah tandan segar yang lebih rendah.

“Namun, kelemahan itu diimbangi dengan harga minyak sawit yang tinggi direkodkan pada suku berkenaan.

“Dalam kalangan lapan syarikat di bawah liputannya, FGV mencatatkan pertumbuhan hasil teras yang lebih tinggi dan itu didorong terutamanya daripada harga minyak sawit mentah yang lebih tinggi dan caj bersih LLA yang lebih rendah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya