PETALING JAYA: Harga kereta dijangka meningkat 10 peratus jika kerajaan tidak melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan yang akan berakhir pada hujung bulan ini, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata, insentif itu bukan hanya membantu rakyat memiliki kereta pada harga lebih rendah, malah membantu melonjakkan permintaan sekali gus menyokong industri automotif yang bergelut sepanjang tempoh pandemik Covid-19. “MAA telah membuat rayuan kepada Kementerian Kewangan untuk melanjutkan pengecualian cukai itu hingga akhir tahun ini dan kami berharap akan dapat keputusan yang akan membantu syarikat-syarikat automotif serta pembeli,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya