Growthwell Foods, Country Farms Group lancar HAPPIEE! - Utusan Malaysia

Growthwell Foods, Country Farms Group lancar HAPPIEE!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Syarikat perintis pemakanan berasaskan tumbuhan terkemuka di Singapura, Growthwell Foods dan Country Farms Group, sebuah entiti milik penuh Berjaya Corporation Berhad, mengumumkan usaha sama untuk pengedaran eksklusif.

Usaha sama tersebut akan memberi hak eksklusif kepada Country Farm Organics Sdn. Bhd. yang dimiliki Country Farms Group untuk portfolio produk berasaskan tumbuhan dari Growthwell Foods iaitu HAPPIEE!, seterusnya memacu pelancaran jenama tersebut di seluruh saluran peruncitan dan perkhidmatan makanan di Malaysia.

Produk-produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! boleh didapati di cawangan-cawangan pasaraya AEON di semenanjung Malaysia menjelang akhir bulan ini.

Jenama tersebut juga akan bekerjasama dengan beberapa restoran dan kedai makan ikonik di rantau ini untuk melancarkan hidangan-hidangan istimewa yang dihasilkan daripada produk-produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! pada tahun ini.

Melalui usaha sama strategik dengan Country Farms Group, Growthwell Foods mensasarkan untuk memperkenalkan rangkaian produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! kepada lebih banyak restoran dan kedai makan di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Country Farms Group, Louis Kho berkata, pihaknya teruja untuk menjalin usaha sama dengan Growthwell Foods bagi melancarkan produk-produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! di Malaysia.

“Memandangkan lebih ramai rakyat Malaysia kini memilih diet veganisme, vegetarianisme atau fleksitarian kerana ingin meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka, permintaan untuk alternatif makanan dan minuman berasaskan tumbuhan terus meningkat.

“Rangkaian produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! telah dihasilkan secara strategik untuk memenuhi keperluan para pengguna ini, membuktikan bahawa makanan-makanan berasaskan tumbuhan yang berkhasiat tinggi boleh didapati dengan mudah dan dinikmati di rumah mereka sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Growthwell Foods, Manuel Bossi berkata, rakyat Malaysia semakin berminat untuk meneroka pilihan makanan berasaskan tumbuhan atas sebab kesihatan dan alam sekitar.

“Ini merupakan peluang yang terbaik untuk Growthwell Foods menghasilkan produk pemakanan berasaskan tumbuhan yang lebih mudah didapati bagi menyokong matlamat pengguna untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari,” katanya.

Rangkaian produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! menampilkan rangkaian makanan laut yang dihasilkan daripada Konjac, sebuah ramuan yang secara semula jadinya bebas kolesterol, tinggi serat dan rendah kalori, yang turut boleh menurunkan paras gula dalam darah dan mengurangkan paras kolesterol, serta rangkaian ayam berasaskan soya yang menyerupai rasa dan tekstur daging ayam sebenar.

Antara Produk-produk yang boleh didapati di pasaraya- pasaraya AEON terpilih menjelang akhir bulan ini adalah HAPPIEE! Fishiee Sticks, HAPPIEE! Fishiee Patties, HAPPIEE! Chickiee Popcorn, HAPPIEE! Chickiee Nuggets.

Selain boleh didapati di pasaraya, makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! juga akan boleh didapati untuk pengedaran perkhidmatan makanan di Malaysia bermula suku ketiga tahun 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya