Grab Malaysia tawar bonus pemandu baharu RM1,000 - Utusan Malaysia

Grab Malaysia tawar bonus pemandu baharu RM1,000

GRAB MALAYSIA mahu menambah bilangan rakan kongsi pemandunya bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin melonjak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Grab Malaysia menawarkan bonus pendaftaran sehingga RM1,000 untuk mana-mana rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemandu platform tersebut.

Bonus tersebut bermula 1 Jun hingga 31 Julai 2022, yang akan diberikan kepada rakan kongsi pemandu baharu yang mendaftar dan memenuhi bilangan minimum perjalanan, sebagai tambahan kepada subsidi sedia ada yang akan membantu kos kawal selia e-panggilan. 

Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, usaha bersepadu itu diharap dapat menarik lebih ramai rakan kongsi pemandu yang berpotensi memenuhi permintaan pelanggan di tengah-tengah pembukaan semula ekonomi pascapandemik.

“Misi Grab sejak awal lagi adalah untuk menyediakan pilihan pengangkutan yang selamat dan mudah, sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia. Sehingga pertengahan Mei ini, bilangan pemandu-rakan kongsi di platform kami masih kurang daripada 70 peratus daripada pra-pandemik. 

“Ia berikutan proses panjang dan mahal yang dikenakan ke atas pemandu sebelum mereka bermula. Kami berharap bonus pendaftaran akan menggalakkan rakan kongsi pemandu baharu untuk menyertai syarikat secepat mungkin seterusnya mendapat manfaat daripada pendapatan tambahan yang tersedia,” katanya dalam kenyataan.

Pemandu baharu perlu melengkapkan pelbagai langkah untuk memenuhi keperluan kawal selia seperti menghadiri latihan enam jam, lulus peperiksaan dan pemeriksaan kenderaan, membeli insurans dan mengumpul dan menyerahkan dokumen kepada pelbagai agensi kerajaan untuk diproses. 

Pelbagai proses rumit ini menjejaskan masa yang diambil untuk mengejar peningkatan mendadak dalam permintaan.

Grab Malaysia juga melanjutkan pembayaran balik sedia ada sehingga 100 peratus daripada jumlah kos pematuhan peraturan untuk membantu meminimumkan beban kos mereka. 

Selain itu, pemandu sedia ada-rakan kongsi boleh mendapat manfaat daripada memperoleh program bonus rujukan sedia ada jika mereka membantu mendaftar rakan kongsi baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya