BENGALURU: Harga emas merosot pada Isnin daripada skala tinggi sebulan pada awal sesi, apabila data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang hangat meningkatkan hasil Perbendaharaan dan mengurangkan daya tarikan kepada jongkong emas. Emas spot turun 0.5 peratus pada AS$1,862.29 (RM8,222.94) seauns, manakala niaga hadapan emas AS juga susut 0.5 peratus kepada AS$1,866.80 (RM8,242.86). Emas, yang dilihat sebagai aset selamat semasa krisis ekonomi, mencecah paras tertinggi sejak 9 Mei pada awal sesi pada AS$1,877.05 (RM8,288.11) seauns, lapor Bloomberg. Walau bagaimanapun, penanda aras hasil Perbendaharaan AS 10 tahun juga meningkat ke tahap tertinggi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya