PETALING JAYA: Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) meraikan sambutan Hari Susu Sedunia dengan penuh keceriaan serta dorongan motivasi untuk mengingatkan rakyat Malaysia tentang kepentingan nutrisi dari tenusu dalam persekitaran pasca-pandemik. Pengarah Urusan DLMI, Ramjeet Kaur Virik berkata, pandemik telah mengingatkan kita semua tentang kepentingan nutrisi, iaitu sebuah mesej yang kuat yang telah lama diperjuangkan oleh syarikat sejak mula bertapak di Malaysia 59 tahun lalu. “Kami mendokong kuat agenda kesihatan negara yang ditetapkan oleh kerajaan lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, bahkan DLMI akan terus menjadi rakan kongsi dari sektor swasta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya