Delyva sasar bantu 100,000 PKS dengan DelyvaNow - Utusan Malaysia

Delyva sasar bantu 100,000 PKS dengan DelyvaNow

HANIF wahid menunjukkan aplikasi DelyvaNow yang membantu peniaga memasarkan barangan mereka ke peringkat antarabangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Delyva Sdn. Bhd. (Delyva) melancarkan perkhidmatan penghantaran antarabangsa baharu yang menyasarkan dapat membantu lebih 100,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan mengembangkan perniagaan mereka ke platform antarabangsa.

Perkhidmatan baharu itu mempunyai pelbagai penyedia perkhidmatan kurier antarabangsa yang meliputi lebih daripada 100 negara di seluruh dunia dan boleh diakses dengan platform tempahan penghantaran DelyvaNow.

Ia membolehkan PKS mendapatkan kadar yang lebih menjimatkan untuk perkhidmatan kurier antarabangsa dan menjual ke lebih banyak pasaran tanpa mengira jumlah penghantaran atau jumlah perkhidmatan kurier antarabangsa yang digunakan. 

Mereka juga mendapat akses ciri penjejakan bersatu di mana mereka dapat mengesan semua penghantaran antarabangsa mereka hanya di satu tempat dan memberikan kemas kini penjejakan masa nyata kepada pelanggan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Delyva, Hanif Wahid berkata, pihaknya memperkenalkan perkhidmatan itu setelah menyedari banyak PKS tempatan menghadapi masalah kerana tidak mampu membayar kos tinggi perkhidmatan  penghantaran antarabangsa dan kekurangan sumber untuk uruskan logistik.  

“Kami juga mendapati beberapa penjual tidak tahu bagaimana untuk melakukan penghantaran antarabangsa. Delyva menyelesaikan masalah-masalah ini dengan platform tempahan penghantaran kami yang menyelaraskan aliran kerja.  

“Justeru, peniaga PKS dapat jimat masa dan kos dan memberi tumpuan mengembangkan perniagaan mereka. Kami berharap dapat menarik sekurang-kurangnya 100,000 PKS untuk mendaftar ke perkhidmatan baharu ini menjelang akhir 2022,” katanya dalam kenyataan.

Sistem tempahan penghantaran Delyva dapat diintegrasikan dengan mana-mana platform termasuk platform-platform jualbeli dalam talian yang popular, menjadikannya mudah dan cepat bagi penjual untuk menggunakan perkhidmatan baharu terebut untuk penghantaran antarabangsa.

Sementara itu, pembeli dapat melihat pilihan perkhidmatan kurier semasa ingin membuat pembayaran dan boleh pilih perkhidmatan yang mereka lebih suka gunakan.

Delyva sudah mempunyai rekod prestasi yang baik dalam membantu PKS menguruskan penghantaran domestik. 

Perkhidmatan baharu ini diharap dapat membantu menggalakkan lebih ramai penjual untuk mempertimbangkan untuk memperluaskan jangkauan pasaran mereka di luar Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya