NEW YORK: Selepas bertahun mengumpul rizab pertukaran asing, bank-bank pusat di Asia dilaporkan mula memanfaatkannya untuk meningkatkan mata wang yang semakin lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Rizab Thailand susut kepada AS$221.4 bilion (RM973.89 bilion) setakat 17 Jun, menurut data yang dikeluarkan minggu lalu. Jumlah itu terendah dalam tempoh lebih dua tahun. Sementara itu, angka bulanan menunjukkan, rizab Indonesia paling sedikit sejak November 2020. Rizab Korea Selatan dan India pula pada tahap terendah dalam tempoh lebih setahun manakala rizab Malaysia jatuh paling banyak sejak 2015, lapor Bloomberg. Pengurus portfolio makro…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya