Van elektrik EC35 dijual RM130,000, hanya caj 35 minit - Utusan Malaysia

Van elektrik EC35 dijual RM130,000, hanya caj 35 minit

PHANG Phang Ah Thong (tengah) bersama Mohammadiah Moner Ahmad Zazuli (dua kiri) bergambar dengan van elektrik EC35 pada majlis pelancaran di MARii Cyberjaya. -UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Hanya 35 minit diperlukan bagi mengecas bateri van elektrik EC35 menggunakan pengecas pantas DC 40kW atau antara 6 hingga 7 jam (pengecas pantas AC 6kW.

Itu antara kelebihan van elektrik keluaran syarikat automotif Dongfeng Sokon Automobile (DFSK) bagi pasaran Malaysia dengan harga jualannya adalah RM130,000 seunit yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi QC Fleet Marketing Sdn. Bhd., Datuk Mohammadiah Moner Ahmad Zazuli berkata, golongan peniaga boleh memanfaatkan van tersebut yang dilengkapi beberapa kelebihan lain seperti penjimatan tahunan sehingga 37 peratus bagi penyelenggaraan dan 78 peratus (kos bahan api harian).

“Van ini boleh dipandu sehingga 268 kilometer (km) berdasarkan rating Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Seluruh Dunia (WLTP) ataupun 200km di dalam bandar dengan bateri penuh,” katanya pada majlis pelancarannya di Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis pelancaran jentera tersebut ialah Pengerusi MARii, Datuk Phang Ah Tong; Pengarah Projek Kenderaan Elektrik PMO Tenaga Nasional Berhad, Ir. Mohd. Junaizee Mohd. Nor serta Pengerusi Go Auto Group, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal.

Van itu dikuasakan oleh bateri lithium-ion 38.7kWh yang menghasilkan kuasa sehingga 60kW dan tork puncak 200Nm.

Ia didatangkan dengan beberapa ciri keselamatan moden, antaranya sistem pemantauan tekanan angin di tayar serta amaran pejalan kaki.

Jentera elektrik tersebut juga ditawarkan dalam dua konfigurasi iaitu dua dan lima tempat duduk. Ia mampu membawa muatan sehingga 1,090 kilogram (kg) yang setanding dengan van dikuasakan petrol atau diesel.

Dalam pada itu, Pengurus Besar DFSK, Zhang Xingyan berkata, pengenalan EC35 ke pasaran Malaysia bermatlamat untuk mempromosikan kenderaan elektrik Dan teknologi hijau di negara ini.

“Ia sekali gus akan memberikan pengalaman lebih baik bagi pengguna kenderaan elektrik selain manfaat ekonomi lebih besar kepada pelanggan di Malaysia,” katanya dalam rakaman video

Katanya, van elektrik EC35 merupakan van elektrik logistik paling laris di China pada tahun lalu ekoran ciri yang terdapat pada jentera itu seperti ruang kargo luas dan harga kompetitifnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya