Untung bersih suku pertama Sunway-REIT melonjak - Utusan Malaysia

Untung bersih suku pertama Sunway-REIT melonjak

ANTARA projek pembangunan Sunway-REIT, Menara Sunway, The Pinnacle Sunway
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keuntungan bersih Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway-REIT) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, melonjak kepada RM106.32 juta daripada RM36.82 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, didorong oleh prestasi yang lebih baik daripada semua segmen perniagaannya.

Hasil pada suku pertama meningkat kepada RM153.97 juta daripada RM104.27 juta setahun sebelumnya.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, Sunway-REIT berkata, segmen runcit telah merekodkan hasil kasar sebanyak RM98.4 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, peningkatan sebanyak 83 peratus atau RM44.8 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Itu disebabkan terutamanya oleh prestasi yang bertambah baik di semua sektor hartanah runcit, terutamanya disumbangkan oleh Sunway Pyramid Mall yang menggandakan pendapatan kepada RM77.6 juta dalam tempoh itu.

“Prestasi hartanag runcit yang bertambah baik disokong oleh peningkatan jualan runcit yang lebih tinggi dan jualan penyewa yang menggalakkan pada suku pertama 2022, selaras dengan permintaan yang kukuh, perbelanjaan perayaan dan kelonggaran langkah pembendungan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Sunway-REIT memberitahu, pendapatan hartanah bersih untuk segmen hotel meningkat sebanyak 36 peratus atau RM4.6 juta tahun ke tahun kepada RM17.4 juta pada suku pertama 2022.

Sejajar dengan itu, katanya, pendapatan hartanah bersih untuk segmen pejabat meningkat 2.0 peratus tahun ke tahun kepada RM13.7 juta.

Segmen perkhidmatan menyumbang hasil kasar yang syabil dan pendapatan bersih sebanyak RM15.8 juta untuk suku pertama 2022. Peningkatan kecil sebanyak 3.0 peratus disebabkan oleh sewa tahunan Pusat Perubatan Sunway, universiti dan kolej Sunway selaras dengan perjanjian pajakan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurus, Datuk Jeffrey Ng. berkata, pihaknya gembira untuk melaporkan segmen runcit telah mencatatkan jualan yang kukuh, hampir 100 peratus kembali normal berbanding tempoh pra-pandemik pada 2019.

“Kami percaya waktu yang sukar itu telah berakhir dan kami optimis bahawa aliran positif akan terus berkekalan sementara ekonomi beralih ke fasa endemik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya