PETALING JAYA: Untung bersih Hartalega Holdings Berhad untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022 melonjak 11.8 peratus kepada RM3.23 bilion berbanding RM2.8 bilion tahun lalu didorong oleh pendapatan yang tinggi berjumlah RM7.89 bilion. Menurut Hartalega, pendapatan bagi tahun kewangan 2022 meningkat kepada RM7.89 bilion berbanding RM6.7 bilion pada tahun sebelumnya manakala pendapatan sesaham berada pada paras 94.64 sen berbanding 84.43 sen pada tahun lalu. Bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022, kumpulan itu mengalami kerugian RM189.7 juta, terutamanya disebabkan peruntukan untuk membayar Cukai Makmur. Untung sebelum cukai mencecah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya