Rafiza Ghazali letak jawatan CEO Cradle - Utusan Malaysia

Rafiza Ghazali letak jawatan CEO Cradle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Lembaga Pengarah Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) mengumumkan Rafiza Ghazali akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa 31 Mei ini.

Selaras dengan perletakan jawatan itu, pihak lembaga pengarah telah melantik Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke sebagai pemangku, berkuat kuasa 1 Jun 2022 sehingga penggantian tetap disahkan.

Pengerusi Cradle, Datuk Yvonne Chia berkata, sepanjang tempoh perkhidmatannya, Rafiza telah bekerja dengan efektif dengan semua pemegang berkepentingan utama dan menunjukkan keupayaannya dalam meletakkan Cradle untuk memainkan peranan kepimpinan dalam Ekosistem Start-up Malaysia. 

“Di atas kapasiti individu, Rafiza juga telah menetapkan tanda aras bagi penyertaan wanita memegang jawatan kanan dalam arena digital dan start-up,” katanya dalam kenyataan.

Rafiza telah memainkan peranan penting dalam meluaskan mandat bagi Cradle yang telah melangkau sekadar pemberian geran, kepada peranan terkini sebagai peneraju ekosistem start-up melalui Strategi MYStartup. 

Sepanjang perkhidmatannya, Cradle telah dilantik sebagai ‘focal point’ untuk Ekosistem Start-up Malaysia dan agensi penyelaras untuk Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up Malaysia 2021-2030 (SUPER).

Dengan sokongan Kementerian Kewangan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), pihak lembaga pengarah kini menjalankan proses semakan dan penilaian yang teliti untuk mengenalpasti pengganti yang terbaik bagi Rafiza.

Pelantikan baharu akan diumumkan setelah keputusan dan kelulusan yang sewajarnya telah diperolehi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya