SHAH ALAM: Kenaikan harga bekalan bahan mentah (base oil) sekitar 15 hingga 20 peratus tidak menghalang pengeluar produk minyak pelincir, Syarikat Platinum Oil & Gas untuk mengekalkan kualiti dan manfaat produk dengan sedikit kenaikan harga yang tidak membebankan pengguna dan rakan niaga mereka di seluruh Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Suhaimi Hashim, pihaknya akan terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan setia, khususnya pengguna produk minyak enjin kenderaan berprestasi tinggi keluaran syarikat tersebut sejak lebih 12 tahun lalu.
“Platinum Oil tetap menjadi pilihan pengguna walaupun daripada segi harga berlaku sedikit kenaikan seperti jenama minyak pelincir lain di pasaran ketika ini.
“Walaupun berlaku kenaikan harga, kita langsung tidak berkompromi dengan soal kualiti yang menjadikan produk kita pilihan pengguna sejak lebih sedekad yang lalu,” katanya ketika ditemui di sini,hari ini.
Mengulas mengenai perancangan syarikat tahun ini, Suhaimi berkata, pihak syarikat turut komited dalam membuka peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan atau individu yang berminat untuk menjadi rakan niaga syarikat.
Katanya lagi,dengan peralihan ke fasa endemik ketika ini, usahawan baharu perlu merebut peluang untuk menjadi rakan niaga syarikat seterusnya menjana pendapatan isi rumah.
“Ini secara tidak langsung akan membantu merancakkan lagi semula ekonomi dalam negara.
“Baru-baru ini kita melantik YBE Trading sebagai wakil pengedar sah di negeri Sabah,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, pihaknya berharap peniaga yang ingin menceburi bidang perniagaan minyak pelincir boleh melayari Facebook Platinum Oil & Gas Sdn Bhd dan laman
sesawang www.platinumoil.com.my. – UTUSAN