PETALING JAYA: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Sekuriti bagi mengambilalih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Perstorp Holding AB, sebuah syarikat bahan kimia khusus global yang didorong oleh kelestarian, dengan harga EUR1,538.0 juta, (RM7.018 bilion.) Perjanjian tersebut ditandatangani pada 14 Mei lalu dengan Financière Forêt S.à.r.l, sebuah syarikat di bawah PAI Partners, firma ekuiti swasta Eropah. Menurut PCG, pengambilalihan tersebut menilaikan Perstorp Group pada nilai perusahaan sebanyak EUR2,300.0 juta (RM10.496 bilion). Jelasnya, perjalanan PCG bagi mencapai visinya untuk menjadi syarikat kimia pilihan yang menyediakan penyelesaian pelanggan yang inovatif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya