KUALA TERENGGANU: Harga penginapan dan perkhidmatan termasuk aktiviti air di pulau-pulau peranginan di negeri ini diramal meningkat sehingga 30 peratus susulan kejatuhan nilai ringgit. Kenaikan mendadak berkenaan bagi menyerap kos perbelanjaan tinggi termasuk penggunaan bahan api dan barangan lain akibat ketidaktentuan mata wang negara pada masa ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemilik Crocodile Rock Villas dan Bistro di Pulau Perhentian, Mohd. Sabri Hamdan berkata, langkah berkongsi bebanan dengan pelanggan terpaksa diambil kalangan pengusaha sektor pelancongan demi memastikan kelangsungan perniagaan masing-masing. Katanya, walaupun kemasukan pengunjung domestik dijangka merosot dengan peningkatan kos…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya