Jardin Pharma Berhad terus teroka produk berasaskan alam semula jadi - Utusan Malaysia

Jardin Pharma Berhad terus teroka produk berasaskan alam semula jadi

Dr. Maryam memberi penerangan kepada Dr Siti Mariah dan tetamu yang hadir tentang produk keluaran Jardin Pharma pada majlis pelancaran dan tapak pameran Jardin Pharma.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Syarikat farmaseutikal, Jardin Pharma Berhad komited untuk terus menghasilkan produk berasaskan alam semula jadi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Maryam Aziz, selepas produk keluaran syarikatnya yang turut menggunakan jenama Jardin mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna, kini usaha turut ditumpukan kepada penghasilan produk farmaseutikal dan makanan tambahan.

“Hari ini selain melancarkan syarikat Jardin Pharma Berhad kita turut melancarkan enam produk baharu jenama Jardin Kids yang menyasarkan penggunaan dalam kalangan kanak-kanak seperti Natural Gummy Vitamin C, Natural Gummy Hone Soothe dan Natural Gummy Multivitamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jardin Pharma Berhad yang disempurnakan oleh Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Maryam menambah, selain itu pihaknya turut memperkenalkan tambahan dalam produk Jardin Kids seperti Natural Gummy Immune Booster, Natural Gummy Brainiax dan Natural Gummy Probiotic.

“Hari ini selain memperkenalkan enam produk tersebut, Jardin Pharma juga mengadakan pameran syarikat dan produk lain keluaran Jardin Pharma.

“Jardin Pharma juga memperkenalkan ubat gigi kanak-kanak dan dewasa yang mengandungi probiotik  serta ekstrak tumbuhan bagi penjagaan mulut, gigi dan gusi,” jelasnya.

Untuk rekod, Jardin Pharma Berhad merupakan syarikat farmaseutikal 100 peratus milik bumiputera yang ditubuhkan pada Jun 2021 dengan objektif penubuhan bagi menghasilkan ubat-ubatan yang novel serta halal berasaskan bahan-bahan alami (Halal Eco Pharmaceutical product)

Dalam pada itu, Maryam memaklumkan penghasilan produk-produk tersebut mampu dilakukan syarikatnya memandangkan Jardin Pharma mempunyai kilang kosmetik diiktiraf Amalan Perkilangan Baik (GMP) serta pensijilan ISO 13485 (MDA- Medical Device Authority). 

Selain itu, Jardin Pharma Berhad juga mempunyai anak syarikat di bawah skim anak angkat (SAA) Kementerian Kesihatan Malaysia yang membekal ubatan cecair dan krim kepada KKM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya