PETALING JAYA: “Industri sawit negara perlu segera mengambil kesempatan daripada keadaan semasa dan bukannya membiarkan peluang tersebut berlalu.” Itu gesaan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin kepada pemain industri sawit Malaysia mengenai peluang pasaran global yang terbuka selepas Indonesia, pengeksport terbesar komoditi itu menghentikan eksport minyak sawit selain krisis bekalan minyak makanan yang lain. Menurut Zuraida, walaupun bersimpati, namun larangan tersebut merupakan kesempatan yang perlu digunakan oleh industri minyak sawit Malaysia. “Memandangkan terdapat kekaburan tentang jangka masa larangan ini akan berkuat kuasa, industri minyak sawit negara perlu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya