Indonesia tidak kurangkan minyak sawit dalam campuran biodiesel

Indonesia tidak kurangkan minyak sawit dalam campuran biodiesel

Indonesia
KERAJAAN Indonesia yakin bekalan minyak masak di negara itu sudah pulih selepas larangan eksport minyak sawit dilaksanakan. - ANTARAFOTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SWITZERLAND: Indonesia tidak bercadang untuk mengurangkan peratusan minyak sawit dalam biodiesel di bawah paras semasa iaitu 30 peratus bagi memastikan bekalan tenaga negara, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto.

“Dengan minyak sawit, kami mengurangkan pergantungan kepada minyak dan jika sekarang kami membandingkan harga minyak sawit dan harga tenaga, perlu beri subsidi lebih kepada tenaga.

“Jadi isunya ialah keselamatan tenaga. Peratusan pengadunan tidak akan dikurangkan kerana keselamatan tenaga adalah keutamaan,” katanya semasa Forum Ekonomi Dunia di resort Alpine, Switzerland, Davos.

Lapor Reuters, Hartarto berkata, Indonesia yang merupakan sumber 60 peratus minyak sawit dunia telah mengenakan paras 30 peratus dalam biofuel untuk mengurangkan pergantungan negara kepada minyak mentah.

Ujarnya, sekiranya bergantung kepada minyak, hari ini pasti akan berada dalam situasi bencana dengan harga minyak menghampiri AS$110 (RM483.12) setong.

Indonesia menghentikan eksport minyak sawit mentah dan beberapa produk derivatif pada April dalam usaha menurunkan harga minyak masak tempatan yang melambung tinggi.

Larangan itu menggegarkan pasaran minyak makan global semasa kekurangan bekalan akibat perang di Ukraine.

“Di Indonesia, harga tenaga tidak disalurkan kepada rakyat. Jadi kerajaan membayar delta perbezaan antara harga tenaga dan harga berpatutan,” katanya lagi.

Eksport

Kementerian Perdagangan Indonesia pada Isnin mengeluarkan peraturan yang menyatakan syarikat mesti mendapatkan permit eksport yang akan diberikan hanya kepada mereka yang mampu memenuhi apa yang dipanggil Obligasi Pasaran Dalam Negeri (DMO). Permit itu akan sah selama enam bulan.

Dasar DMO, di mana pengeluar dikehendaki menjual sebahagian daripada produk mereka secara tempatan pada tahap harga tertentu, telah digunakan sebelum larangan terbaharu sebagai cara untuk cuba memastikan bekalan tempatan, tetapi gagal menjinakkan harga minyak masak.

Hartarto memberitahu, matlamatnya adalah untuk menjadikan 20 peratus bahagian minyak sawit yang mesti dijual dalam negara di bawah DMO.

“Buat masa ini, DMO ialah 30 peratus tetapi ia akan dikurangkan kepada 20 peratus jika harga minyak jatuh.

“Prospek pertumbuhan Indonesia adalah antara yang paling kukuh di rantau ini pada 5.0 peratus sejak dua suku lepas, standing dengan Vietnam.

“Kami masih optimis bahawa pertumbuhan boleh mencapai 5.0 peratus tetapi tertakluk kepada harga tenaga,” katanya. -AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya