BENGALURU: Harga emas susut pada Rabu ke paras terendah dalam tiga bulan apabila dolar Amerika Syarikat (AS) yang tinggi terus mengekang bulion, sementara pelabur menunggu data inflasi bulanan AS. Emas spot turun 0.1 peratus kepada AS$1,838.26 (RM8,058.01) setiap auns selepas mencecah paras terendah sejak awal sesi 11 Februari. Niaga hadapan emas AS susut 0.2 peratus kepada AS$1,836.50 (RM8,050.30). Menurut rakan kongsi pengurusan SPI Aset Management, Stephen Innes, pasaran telah menetapkan harga dalam pergerakan semasa mendahului data Indeks Harga Pengguna (CPI). Hasil sebenar yang lebih tinggi telah memacu emas lebih rendah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya